cara menanam sawi yang baik dan benar


Cara menanam sawi yang baik dan benar


Sayur sawi adalah kaya dengan vitamin dan sudah merakyat sekali. Maka dari itu kita di sini akan menanam sendiri
Itung –itung sebagai sampingan atau olahraga dirumah, atau boleh juga memberdayakan sebagai lapangan usaha
Oke kita langsung aja gimana dan bagai mana cara menanam nya kita akan uraikan disini

PENYEDIAAN TANAH
Sesuai ditanam dalam kawasan yang mempunyai suhu diantara 23-35oC dan kelembapan yang tinggi.  Terlalu banyak hujan boleh merosakkan daun sawi dan menjejaskan kualitinya.  Penggunaan rumah pelindung hujan atau struktur berjaring boleh mengatasi masalah ini.   Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam 15-20 cm.  Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan. 
MENANAM
Biji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas.  Sebanyak 1.5 kg biji benih digunakan untuk sehektar.  Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan racun kulat thiram dan digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan ditabur sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas.  Selepas 10-14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.
pemupukan
Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok.  pemupukan yang disyorkan adalah seperti berikut:-
 
putaran
Masa
Jenis Baja
Kadar/Batas
(7.5 x 1.2m)
Kadar/Hektar
(650 batas)
1
sebelum menanam
Baja organan
6 kg
4 tan
2
2 minggu
NPK 15:15:15
0.4 kg
0.25 tan
3
3 minggu
NPK 15:15:15
0.5 0.4 kg
0.25 tan

PENGAIRAN
Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya.  Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.

KAWALAN rumput
Kawalan rumput dilakukan secara manual dilakukan dua kali sepanjang umur pokok.  Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.

Pemberantasan  SERANGGA hama DAN PENYAKIT
Diantara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman sawi ialah:-
  1. Ulat Ratus (Army Worm) - Spodopteraw litura
    Sembur racun fenvalerate
     
  2. Kumbang Kutu (Phyliotera sinuata Ateph)
    Sembur racun malathion
     
  3. Ulat Pangkas (Cut Worm) - Agrotis xpsilon
    Sembur racun fenvalerate
     
  4. Ulat Pluttela (Pluttel xylostella)
    Sembur racun Bacillus thurintgiensis. Amalkan tanaman giliran.
     
  5. Reput Lembtu (Erwinia carotovora)
    Rawat biji benih dengan thiram. Amalkan tanaman giliran dan tentukan saliran yang baik.
     
  6. Bintik Daun (Leaf Spot) - Cercospora spp.)
    Rawat biji benih dengan thiram
     
  7. Reput Daun (Leaf Rot. - corticum solani
    Cabut dan buang pokok yang berpenyakit
     
  8. Siput :
Siput panjang kecil
Siput panjang besar
Siput kacang
Siput leper kecil
-
-
-
-
makan daun dan anak pokok
makan daun dan anak pokok
makan bahagian bawah daun pokok yang sudah besar
makan bahagian bawah daun pokok yang sudah besar
pemberantasan secara kimia dengan menggunakan metaldehyde atau mercaptodimethur.  Ikut label untuk kadar penggunaan yang berkesan. pemberantasankimia dilakukan setelah batas sedia untuk ditanam sebelum biji benih sayur disemai.  pemberantasan lain ialah secara kultur iaitu dengan mengadakan pengairan yang baik kerana tanah yang sangat basah akibat air bertakung atau batas yang rendah dan bersebelahan parit yang bertakung menggalakkan serangan.

TEMPOH memanen:
Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai.  Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah.  Hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok mengeluarkan bunga.  Pengeluaran hasil adalah diantara 10-16 tan/hektar dan hasil purata ialah 14 tan/hektar.

5 Responses to “adyexrangga”

What's on Your Mind...

saya perlu kritik dan saran anda untuk jadi lebih baik

Postingan Populer

BLOGROLL

Diberdayakan oleh Blogger.